6 OGOS 2015 – Bagi Memastikan tindakbalas semasa menghadapi sesuatu
situasi bencana dapat ditangani dengan kadar segera, JPAM Negeri Perlis telah
menubuhkan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti (CERT) yang terdiri daripada
penduduk setempat di sesebuah kampung atau taman perumahan di Negeri Perlis
sebanyak 386 komuniti telah menerima penubuhan CERT ini.
Pasukan ini beperanan dalam dalam
memberi bantuan awal kepada penduduk setempat sekiranya berlaku bencana atau
kecemasan di kawasan yang mereka diami sekaligus memastikan anggota CERT ini
dapat menjalankan tugas mereka dengan baik selepas dilatih oleh pegawai
pertahanan Awam yang berkemahiran itnggi dalam bidang Perawatan Awal Kecemasan,
Asas Memadam Kebakaran dan Penyelamat secara berperingkat. Ini untuk
memasatikan latihan yang dijalankan tidak menganggu tugas atau aktiviti harian
anggota yang menyertai pasukan ini.
Untuk melengkapkan dan
memantapkan lagi organisasi pasukan CERT ini, pihak pengurusan tertinggi JPAM
berkenaan untuk melantik pegawai-pegawai kehormat dan bersekutu di kalangan
ketua-ketua komuniti serta ketua masyarakat setempat di antaranya Pangkat
KOL.(Bersekutu) telah disandang oleh Datuk Zahidi bin Zainol Ariffin, Ahli
Parlimen Padang Besar, serta ADUN-ADUN, Ketua-ketua Puteri dan Putera dari
seluruh Negeri Perlis.
Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri, Dato’ Seri Shahidan bin Kassim telah menyempurnakan Majlis Penubuhan
Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti Peringkat Negeri Perlis di Dewan Utama,
JPAM Perlis serta telah menyampaikan watikah perlantikan pangkat tersebut dan
penubuhan pasukan CERT ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM,
Pj.(PA) Hj Selamat bin Hj Dahlan.
Dato’ Seri Shahidan berkata, jika
masyarakat merujuk kepada JPAM untuk sesuatu masalah maka menjadi tanggungjawab
JPAM menyelesaikannya terutamanya membabitkan isu kemanusiaan. Menurutnya lagi,
CERT berperanan memberi bantuan awal kepada penduduk sekiranya berlaku bencana
atau kecemasan di kawasan didiami anggota CERT.